Recent Posts

Showing posts with label {Epal}. Show all posts
Showing posts with label {Epal}. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

{EPAL} Beg Bunga Mini

Wednesday, April 25, 2012


Beg Bunga Mini berbentuk rombus adalah Projek Epal. 
Saiz agak kecil. Boleh di jadikan beg telekung. 
Menggunakan teknik quilting.

Beg Bunga Mini 

 Sturdy based.

 Fully quilting.

 Kemasan tali menggunakan bunga Yoyo.
cikgu kata bunga yoyo ku harus di baiki lagi sebab lubang tengah bunga terlalu besar.

 Bunga cotton berbutang balut.

Bahagian hadapan.


Teknik yang dipelajari:

  • cara memotong kain yang tepat dan cepat.
  • mempelajari patchwork water color menggunakan kertak gam yang berpetak².
  • cara menjahit quilting.
  • bunga rombus dan bunga yoyo.
  • cara membuat butang balut.






hasil tangan,

0 comments

Thursday, October 13, 2011

{Sulam} Bunga simple

Thursday, October 13, 2011


Lagi tempahan dari opismate.
Bahagian lengan sahaja. 
Ai like the combination of color or saya memang suka color purple. huhu.








hasil tangan,

0 comments

Wednesday, October 12, 2011

{Sulam} Bunga Rama-rama

Wednesday, October 12, 2011
Tempahan daripada my opismate.
Sulam bahagian lengan shj.




hasil tangan,

1 comments

Tuesday, October 11, 2011

{EPAL}: WIP - Kapal Layar

Tuesday, October 11, 2011
Yeay! Block kapal layar saya dah menunjukkan tanda² nak siap.
Block kapal layar a.k.a block C ni ada 4 keping. Saya dah siapkan 3 block so tinggal lagi satu block. Sonok pulak menjahit kapal layar nih. Tak lah se'stress' jahit ABC wall hanging dulu. Or may be sebab dah tau teknik mencantum dengan mudah kot.


Kapal layar wall hanging nih ada 3 block, block A, B & C . So pas ni leh concentrat kat block A & B lak.



Pesanan dari cikgu, pastikan bucu bertemu bucu. Haihlah.. nih yang payah nih.. huhu.






hasil tangan,

2 comments

Thursday, September 29, 2011

Idaman kalbu ...

Thursday, September 29, 2011


Aduhai.... sangatlah suka tgk warna² benang nih. Mulalah tak tido malam nih dok pk benang² yg cantik tersusun di atas rak.. hehheheh... Kalo ikut hati mau di sambar satu tapi bila dok pk ada lebih 70 spool benang kat umah nih terus berenti berangan. Hehehe..



Nak gi cari rak cam nih la.... mesti cantik jer kalo susun benang kat sini kan ... *mood berangan* .. hehehe




hasil tangan,

2 comments

Wednesday, September 7, 2011

Alhamdulillah...menggapai bintang...

Wednesday, September 7, 2011




Syukur kehadrat Illahi, wishlist 2011 telah pun selamat dimiliki. Tanpa disangka2 Allah mempermudahkan cara. Sungguh, andai rezeki itu milik kita pasti ianya datang tanpa sebarang halangan.




Wishlist 2011
Memory Craft 350E
Mesin Sulaman Bergaya Profesional 
Checkmate!




Inilah wishlist 2011 saya yang lepas. Masa set wishlist nih memang tak aspect apa pun. Maklumlah, dengan harga yang sebegitu rupa hanya boleh berangan jer la kan.. Tapi Alhamdulillah, sudah rezeki ai tahun nih.


Dengan rasminya saya memiliki mesin sulam idaman kalbu ini ialah beberapa minggu sebelum ramadhan menjengah. Kalau tak silap sekitar minggu ke 2 bulan July tempoh hari tapi x sempat nak update blog sebab bz ya amat. Dapat jer mesin, kena complete 10 hari course teknik menyulam. Sempat jugaklah siap sulam tuala, pencil case, baju kebaya, butterfly organza, telekung (x siap lagi) dan ada lagi projek x sempat complete. Kene sambung pas raya nih.


Saya ambil full pakej HBB - Home Based Business dan tambahan pakej AKU - Ahli Kelab Usahawan. So bulan puasa tempoh hari sempat la ambil tempahan menyulam. Tapi tak la banyak sangat sebab tak berapa expert lagik kan. Tapi alhamdulillah, customer yg tempah tu puas hati.  


Nothing much to say, just Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Amin.




Wishlist 2010

Harmony 2049 
All In One
Checkmate!








p/s: so wishlist 2012 telahpun di setkan. Dapat atau tidak, bergantung kepada perancangan Allah s.w.t. Mudah²an dimakbulkan insyallah.




hasil tangan,

5 comments

Monday, June 13, 2011

{Sewing} Reversible Bucket Bag

Monday, June 13, 2011
 First bag project dari buku 'Bag Making Bible' yang ai dah beli. Sangat suka dengan hasilnya. Dan bag nih tidaklah sesukar mana untuk menjahitnya. Dan yang paling penting ianya reversible. oh ai loike!


 First view.

 2nd view.

Jika masa mengizinkan, ai akan buat lagi bag nih untuk my mom. 
Tapi kali ni nanti ai nak tambah zip pocket. Oh, masa....



hasil tangan,

0 comments

Sunday, June 12, 2011

[Sewing] Wristlet

Sunday, June 12, 2011
 Yess... dalam kesibukan bersama felt sempat juga ai mencuri² masa untuk membuat wristlet nih.

 Wristlet ini adalah kepunyaan Sr Aishah.

 Material from english cotton with detachable strap.



hasil tangan,

0 comments

Saturday, June 11, 2011

[Sewing] Wristlet

Saturday, June 11, 2011

 Wristlet untuk Sr Nita.
Sekian lama berjanji akhirnya siap juga...

 I'm using english cotton and lining with cotton mix with detachable strap.


hasil tangan,

0 comments

Monday, May 16, 2011

Epal dan project bulanan : 2nd time

Monday, May 16, 2011

Alhamdulillah...
Saya dapat lagi hadiah projek bulanan tebaik untuk projek bulan April. Tak sangka sbnarnya. Maklumlah lately nih kan 2 minggu sekali baru datang class. Bz ya amat. Penyampaian di buat smalam dan saya tahu pon sehari sebelum. Nasib baik memang plan nak datang Epal smalam nak jahit beg. Orang lain dah nak siap beg bulan May tapi saya beru terkial² nak tampal fabric. Sungguh lambat. Huhu. 

Ok, malam ni nak sambung jahit quilting bag. Hopefully esok gi class leh cantum bag tuh.

 Bersama cikgu Fida.
Selamat Hari Guru Cikgu. Terima Kasih kerana memberikan tunjuk ajar.

 With my BFF, Kak Fiza . Teman menjahit bersama².
Oh, Kak Fiza punya bag dah nak siap. Bilalah ai punya nak siap nih..

Bersama pemenang² project bulanan dan project masing² untuk bulan March & April.





hasil tangan,

1 comments

Thursday, April 14, 2011

Tetiba terasa rindu ...

Thursday, April 14, 2011
Rindu pada siapa?
hehehe... suspen jek.. tetiba terasa rindu dengan Pusat Epal.
Tetiba rasa cam lamanya tak pergi ke Pusat Epal. 
Serius .. tetiba terasa cam nak gi skang jugak Pusat Epal. 
Apakah makna perasaan ini? ahak...


Minggu ni dah masuk 2 minggu tak ke Pusat Epal. Sabtu ni saya ada kelas menjahit manik dan Ahad pulak ada kenduri di kampung. So memang tak bley nak spent time kat Pusat Epal. Nampaknya next week baru dapat ke sana. Oh windunya suasana di Epal.....

 Ni la suasana kat Epal Kotaraya. Time nih ada sesi penyampaian hadiah.

Salah satu sudut pameran yang ada di Pusat Epal. 
Nampak tak langsir dan cadar kat blakang tuh? 
Cadar dan langsir ni antara 24 projek yang akan di pelajari. 
menarik bukan?





hasil tangan,

3 comments

Wednesday, March 30, 2011

Epal dan project bulanan...

Wednesday, March 30, 2011
 Nih la cikgu yang mengajar. Muda dari saya. ;-)

 Hadiah yang di menangi. Yeay!



Happy ... sbb ai terpilih sebagai best student untuk project bulan January iaitu project ABC Wall Hanging. Hilang segala sakit hati penat lelah membuat project nih. Walaupon hadiahnya hanyalah voucher RM 30 tapi sangatlah suka yer. Boleh beli prject bulanan lagi nih. 

Ni lah yang bestnya kat Epal. Setiap bulan akan ada pemenang untuk project bulanan. So sesiapa yang jahitannya kemas dan mengikut deadline yang di tetapkan pasti berpeluang untuk menang. Di Epal, bukan setakat dapat ilmu, boleh dapat hadiah juga. Ni belum masuk competition yang di anjurkan. Kalo menang competition lagi lumayan hadiahnya.


Jom pakat² beli mesin Epal. Memang berbaloi pelaburan yang di buat dan yang pastinya zero risk. ;-)


hasil tangan,

2 comments

Saturday, March 19, 2011

Saya dan Epal : Projek 5

Saturday, March 19, 2011


Seluar Elastic.




Projek untuk bulan April yang ai ambik bulan nih adalah seluar. Bulan ni ambik projek mudah jer sebab ketiadaan masa atas tuntutan kerja hakiki kerjaya. Semalam pergi kelas siap potong kain dan jahit cantum kaki seluar. Jahit tepi dan cantum bahagian punggung belum siap lagi di sebabkan ada taklimat mengenai Mesin Sulam 350 mesin idamanku itu. 


Tips untuk menjahit kain elastic.

  • Gunakan jarum size 11 atau lebih halus.
  • Gunakan tapak biasa yang plastic bukan metal.
  • Untuk mengambil pola kain biasa / cotton, lebihkan 1" dari pola asal.





Dapatkah ai memiliknya? Haih la.. terbayang² dan termimpi² ... huhu. 






hasil tangan,

0 comments

Wednesday, March 9, 2011

saya dan EPAL : Finally ...

Wednesday, March 9, 2011
Hampir seminggu tak mengupdate blog dan x de n3 terbaru.
Sbnarnya, saya tiada kamera wat masa  ni. 
So agak tiada mood utk update latest projek
dan hasil tangan tanpa bukti gambar dpt disertakan..


Finally, siap juga ABC Wall hanging project 
bersama EPAL saya yang ke 2. 
Sbnarnya dah 2 minggu siap projek nih tp sbb x de kamera 
nak update terpaksalah ditangguhkan update new n3.
Banyak cabaran dan dugaan nak menyiapkan project nih 
tapi yang paling utama,
ilmu yang diperolehi dari hasil jahitan kali ini.
Dan yang pling penting, Damia suka sgt dengan ABC ni. 
Mungkin sebab sizenya yang agak besar dan berwarna warni 
mempengaruhi minda seorang kanak².

* Mode * Happy *

Fullview.
size lebih kurang 45" x 50"


Nampak tak 'E' & 'K' tu? susun punya susun tersama jugak akhirnya.
Aduhai.. kene berhati² lagi pas nih.


Bahagian belakang, saya tukar kain lain.
Sepatutnya, kain border kemasan terakhir tu 
ialah kain utk bahagian blakang.
Tapi cam sayang pulak, kain cantik dok blakang kan.
Dan kain asal border akhir warna hitam jugak.
So ala² x berapa nak naik colornya tu yg tukar kain lain.


Sulaman artikel menggunakan benang sulam.
Agak mencabar di sini dan lebih mencabarnya 
ketika proses quilting di bhgn artikel corak di bhgn atas.

final....
burung di bahagian atas adalah hand stitch
menggunakan teknik back stitch  
bersama benang sulam.


nota kaki : 
Rasa sangat puas apabila melihat hasilnya. Segala susah payah dan penat jerih menjahit projek ni sangat² berbaloi. Sedang berangan² untuk membuat 2nd project quilting utk my 'coming soon' anak buah.. hehhee..





hasil tangan,

2 comments

Tuesday, March 1, 2011

saya dan EPAL : In-Progress Project 4

Tuesday, March 1, 2011

 Bag Queen of Nature


Ini adalah new project Epal yang saya sedang involve. Actually, ni project untuk bulan February dan deadlinenya sehingga 9 March. Dan saya, masih terkial² memotong kain.. muhahhaha... sempatkah? Harap² sempatlah siapkan project nih. caiyok!

Beg ni project yang saya paling suka sebab sangat cantik di samping sizenya yang agak besar. Oh tidak sabar untuk menyiapkannya.




hasil tangan,

0 comments