Recent Posts

Tuesday, November 15, 2011

{Sewing} Pleated Clutch

Tuesday, November 15, 2011
As salam,
Projek pertama yang berjaya di jahit setelah berbulan² beli buku Amy Butler's. Saya suka hasilnya. Clutch ni ada 3 size, S,M & L tapi yang saya jahit nih size S. Ni pun rasanya dah besar. 

Bahagian dalam saya buat 2 compartment dan 2 slot. Clutch saya yang lama pon boleh masuk skali dalam pleated clutch nih. Bahagian tepi pula saya letak 'D ring' untuk di jadikan 'key keeper'. Kiranya clutch ni boleh jadik all in one laa.... Agak² malas bawak handbag boleh jer bawak clutch nih. 

 Bahagian hadapan , pleated pattern. Fabric ni saya beli untuk buat kapal layar patchwork yang saya tersilap potong kain. Tapi rupa²nya kain yang tersilap potong itu masih boleh digunakan lagi. Jadi kain nih saya transform kepada clutch.

Tali di bahagian belakang mencipta sedikit kelainan berbanding clutch yang biasa ada di pasaran.



hasil tangan,

0 comments: